Sunday, 8 January 2012

Hari bengong sedunia

Assalammualaikum..

hari ni orang-orang memandu macam lembu baru dapat lesen. bengong yang amat. geram rasa hati. tu lah kalau tak pernahnya mau bukak kamus kasi faham maksud BERHATI-HATI. kalaulah daku terlajak masuk dengan bergayanya ke dalam gaung dekat selekoh maut pulak tu kan ke parah. tulah! BENGONG!!!!

Maaf.. hari ni mau marah ja.
Sekian, Makasih
Mana-mana ja

Thursday, 17 November 2011

Cuti sekolah datang lagi!!!!

Assalamualaikum..

Seronoknya cuti. dari awal tahun sampai dekat cuti sekolah nih tak pernah daku mintak cuti. MC pon tak. jadi daku pon seronoklah mengalahkan budak-budak sebab esok hari terakhir sekolah sebelum cuti-cuti Malaysia. huahuahua jangan jealous dikau. 

Jadi.. sebelum cuti sakan ni daku pon nak ucap selamat bercuti dan gembira balik kampong dikau. semoga hari dikau sentiasa gumbira seperti hari-hari yang akan daku alami nanti..alangkah!! daku mau cuti puas-puas. ok lah.. ♥ senyum selalu 


sekian terima kasih
mana-mana ja

Wednesday, 16 November 2011

Jenis-jenis lelaki

Assalammualaikum...

Kali ni nak cerita pasal lelaki-lelaki yang pernah daku nampak/jumpa/kenal dalam hidup daku yang tak seberapa nih. mari berkenalan dengan jenis-jenis lelaki-lelaki: ermmmm...Kaum Adam atau sesiapa jua yang bernama Adam..sila jangan marah ya.. kalau nak marah jugak.. pi lah marah anak kucing jiran sebelah rumah ya. hehehe

LELAKI KACAK


Hensem tak? uiiii.. kalau ada satu dekat sekolah macam ni rasa macam nak simpan dalam beg tangan jek. tak payah kasik orang lain tengok. Dia daku yang punya huahuahua. Tapi... kalau nak kawen.. tak payahlah pilih yang hensem macam neh sangat. payah, bila jalan je mesti ada mata-mata yang memandang macam membuat perbandingan 234 kuasa dua tidak sama dengan 456 kuasa tiga ececeh (merepek plak). Lelaki Hensem ni kalau jatuh cinta biasanya mudah sesangat (betul ka?). senang melafazkan ayat-ayat cinta sesuka suki hatinya tanpa malu dan segan (betul ka?). For girls... hati-hati.. lelaki hensem macam nih lah yang selalu membuatkan kita menangis sampai nak banjir rumah. kepada lelaki-lelaki hensem di luar sana... Mana-mana ja

LELAKI MACHO


Lelaki macho plak orangnya macho lah. macho maksudnya dalam kamus dewan edisi keempat bererti  lelaki yang nampak sifat kelelakiannya dari segi perwatakan, penampilan dan bla..bla..bla.. bercakap ada sikit kasar. sikit je.. pastu..daku ni pompuan.. mana daku tau.. silalah tanya dekat abang macho yang tengah cucuk duit dekat ATM tu macam mana rasanya jadi lelaki macho. huahuahua

LELAKI MANIS SUPER SWEET


Lelaki jenis ni manis owh.. macam cotton candy... macam pompuan pun ada. hehe..jangan marah. lelaki macam ni biasanya macam budak-budak sikit(betul ka?). happy go lucky macam.. tak jemu mata memandang. tak payah makan tengah hari pun tak pa. tengok lelaki camni pun bole kenyang wee wee wweee.

LELAKI PEMALU


Lelaki pemalu daku biasa nampak. hari-hari nampak dekat sekolah. ermmm.. mereka ni biasanya kalau ramai-ramai berani mengusik pompuan tapi bila duduk sorang-sorang pijak semut pun mati!. lelaki macam ni malunya mengalahkan malu-malu kucing. bolehlah digelarkan malu-malu kambing. Tak berani merenung mata orang yang dia suka lama-lama. tak payah lamalah, bagi 2 saat je mula lah pandang kipas, lantai,main-main kasut kikikikiki. tapi... lelaki cenggini lah yang payah sangat nak ucap I Love You... wo ai ne.. Aishieteru.. Sarang he..bla..bla..bla. kalau terjatuh cinta dengan lelaki macam ni memang payah! rasa macam nak bunuh diri gantung leher dekat pokok taugeh ngeeeee ^_^

LELAKI IDAMAN DAKU :)


Ohhhh..Lee Seung Gi daku ^_^' hah! ni plak lelaki idaman hati. ececeh. jangan jealous you. tak pernah nampak lagi sepanjang hidup daku ni. ada ka lelaki macam nih dekat Mesia ni? kalau ada nak amik. simpan buat souvenir muahahahahaha. 

Jadi... ada banyak lagi jenis-jenis lelaki dekat donia ni. lelaki banyak cakap macam minah kepoh ada, lelaki super weirdo ada, lelaki manis super cute ada, lelaki macam pompuan ada, bla,bla,bla pun ada ^_^'  tapi HANYA LELAKI YANG MEMAHAMI LELAKI DAN JENIS-JENISNYA. ♥ senyum selalu ♥ 

Sekian terima kasih
Mana mana ja



Tuesday, 15 November 2011

Pengasas bersama Diaspora Ilya Zhitomirskiy meninggal dunia


Assalamualaukum

Hensem tak individu dekat atas ni? tapi sayang dah meninggal dunia masa umur 22 tahun. individu ini bernama Ilya Zhitormiskiy. salah seorang daripada 4 orang pengasas Diaspora. meninggal pada malam sabtu tetapi hanya dimaklumkan dengan media hari ini. Sumber mengatakana bahawa punca kematian adalah disebabkan bunuh diri. (Perlukah kita bunuh diri atas sebab untuk dikenali, diingati?). tetapi pihak 'company'nya masih lagi tutup mulut. Jadi... Daku minta maaf kalau terus-terusan judge. 


Diaspora ni adalah satu laman sosial yang masih lagi belum popular, diasaskan pada 2010. Ilya sendiri merupakan seorang anti facebook. Jadi terciptalah Diaspora yang hampir sama macam Facebook. boleh klik https://joindiaspora.com/
kalau nak lebih faham apa itu Diaspora.

Untuk lebih maklumat bacalah berita dekat Yahoo news ka..atau taip je DIASPORA atau ILYA ZHITORMISKIY dekat Google. see ya...

Sekian, Terima kasih
Mana-mana ja

Monday, 14 November 2011

Guru kerja 9 jam

Assalammualaikum...

Hari ni daku nak cerita pasal sebab-sebab yang akan mengagalkan projek rintis Putrajaya pasal nak suruh cikgu-cikgi kerja 9 jam sehari macam kakitangan awam yang lain. mula-mula baca tajuk berita dekat yahoo terkejut beruk daku. rasa-rasanya beruk pun tak terkejut macam daku. deppressing sesangat. macam di paksa telan seekor tenggiling, perit anak tekak. 

kenapa daku tensen sebab.....

1. Daku ni cikgu
2. Daku ni cikgu yang 'buat kerja'
3. Daku ni bukan cikgu '25' aribulan
4. Dakulah menteri kewangan bila sampai time nak bagi duit KWAPM dekat budak-budak.
5. Dakulah pegawai kesihatan bila anak-anak kecik tu mengadu sakit itu sakit ini
6. Dakulah pengawai Pendaftaran bila time nak masukkan data SMM budak2
7. Dakulah kerani yang bekerja bila time nak masukkan markah dekat SAPS
8. Dakulah kaunter pertanyaan bila sampai time pendaftaran 
9. Dakulah polis trafik bila time budak-budak pulang sekolah
10. Dakulah mesin printer dan fotostat
11. Dakulah yang bekerja lebih daripada 9 jam sehari. tidur lewat menanda buku kerja budak-budak takut kang kena komplen mak bapak budak.
12. Guru jugalah merangkap polis diraja Malaysia kalau budak-budak buat masalah disiplin dekat sekolah

kerja-kerja di atas ni contoh kerja yang kena di buat oleh semua guru di Malaysia. ada banyak lagi kerja sebenarnya. tapi tetap juga ramai yang tak puas hati bila guru kerja tak sampai 9 jam macam kakitangan awam yang lain. Padahal kami bekerja sama bebannya macam kakitangan yang lain. orang asyik bercakap itu dan ini. mempertikaikan itu dan ini tanpa mahu memahami bahawa kami pun terbeban dengan kerja. lagi kena buat macam-macam. lagi kena jalankan dan jayakan plan-plan kerajaan NKRA bla,bla,bla. Bahan eksperimen menjayakan sesuatu. selalu buat 3-4 kerja dalam masa yang sama. tapi kami tak merunggut pun. kalau merunggut pun sesama kami je. 

Kalau mau kami kerja 9 jam sehari daku kata BOLEH. kalau..KALAU... cikgu-cikgu masuk mengajar sahaja. kerja-kerja perkeranian macam ambil kehadiran murid, bagi susu sekolah, bagi buku teks, urus pendaftaran, kutip yuran, bla,bla,bla kami tak payah buat. kerajaan boleh upah pekerja khusus buat kerja-kerja tu.. barulah kami mengajar dengan lebih grand lagi kan,kan,kan, macam cikgu dedulu. 

Kesimpulannya.. daku terima projek tu tapi syaratnya kenalah diperkenankan perkara-perkara yang di'bold'kan di atas nih. ♥ senyum selalu  
sekian terima kasih
Mana-mana ja

Tuesday, 8 November 2011

Merajuk


Assalamualaikum..

Dikau pernah merajuk tak?.. daku pernah.. dan sedang merajuk. pernah nampak kucing merajuk? rasa-rasanya kucing merajuk macam kat atas nih kot. comel sesangat. tapi kalau manosia yang merajuk? mimang huduh! jadi janganlah merajuk selalu erk.

Daku merajuk napa? sebab daku merajuklah daku merajuk. kawan pi pujuk pon daku bulih buat derk ja. rasa-rasanya kambing pun tak buat derk macam tu. tapi nak buat macam mana kan.. kalau ati dah sakit. 

Pesan daku.. lain kali atau kali lain.. janganlah buat perangai dengan kawan kita..lagi2 yang kuat merajuk cam daku.. kan dah tak di layan. arrrr.. baru tau. tak mo kawan. nak kawan kucing daku ja. tak mo dah kawan korang. 

Itu ja entri jiwa kacau kali ini. senyum selalu  -peace-

skian trima kasih
mana-mana ja

cara menghadapi kawan yang tak baik sangat pon



Assalamualaikum...

Sahabat sejati adalah:
1.  Dia yang mengetahui kelemahanmu
lalu memberimu kekuatan.
2. Dia yang mengetahui kelebihanmu
lalu memberimu dorongan.
3. Dia yang mengetahui masalahmu
lalu memberimu bantuan dan pengertian.
4. Dia yang mengetahui kesedihanmu
lalu memberimu kegembiraan.
5. Dia yang mengetahui cita-citamu
lalu memberimu semangat dan dorongan.
6. Dia yang mengetahui kebodohanmu
lalu memberimu pengetahuan.
7. Dia yang mengetahui kealpaanmu
lalu memberimu peringatan dan petunjuk.
8. DIA YANG ADA SAAT KAU BAHAGIA DAN TETAP BERSAMA SAAT KAU BERDUKA.....

kalau memilih kawan pilihlah yang macam diatas. Cam daku nih... susah sikit.. kalau berkawan tak boleh lebih dari seorang sebab selalu jek kecik ati. jeles.

Sebab? sebabnya senang.. daku kalau berkawan betul2. Tapi daku selalu meradang bila si kawan2 kalau tension ngan marah mesti nak cakap dekat facebook. keluarlah status lembu-lembu gila menyakitkan ati. sapa tak kecik ati. kambing pun bole kecik ati kalau encik kambing tu ada facebook dan pandai membaca.

Daku ada kawan.. ada best friends tapi macam tak ada. ada bila daku gembira dan bahagia tapi.. bila daku berduka... si kawan lari dekat si kawan yang lagi satu. si kawan ni pulak berat sebelah.. daku sedar daku siapa... mana-mana ja lah.. pasni.. tak mau dah rapat sangat dengan sesapa.. supaya nanti tak kecik ati dan keciwa.

Jadi... cara menghadapi kawan yang tak baik mana pon secara baik tanpa perang mulut ialah dengan mengautomatikkan settings jiwa dan kepala kita ke mode SILENT. Vibrate pon bulih.  semoga berjaya! ♥ Senyum Selalu ♥ -peace-


Skian.trima kasih
Mana-mana ja