Thursday, 3 November 2011

Stress dan cara mengatasinya

"Padamlah api dengan pasir, jangan di siram lagi dengan diesel"

Assalamualaikum...

Dapatlah dikatakan bahawa hari ini merupakan hari stress sedunia. Hal ini kerana hampir semua rakan sekerja buat muka ala-ala ayam berak kapur kerana bebanan kerja di hujung tahun yang perlu disiapkan on time.

Stress yang daku alami ini di adun lagi dengan kemarahan yang masih bersisa semalam. tapi belum basi lagi ok. Semua itu menyebabkan daku menjadi seperti jurulatih bina badan yang asyik terjerit-jerit di hadapan klien, klien daku pulak tu merupakan anak-anak berumur 10,11 dan 12 tahun yang berhati suci tetapi menjengkelkan kadang-kadang. tahap keminta pujian mereka itu kadang-kadang menghigh blood kan daku sehingga rotan asli berbalut riben melekat warna merah selalu saja hinggap dekat meja budak (tak berani rotan budak). Agaknya kalau meja itu boleh bercakap tentu dah berdarah telinga dimaki hamun olehnya. 

Cuba fikir kalau dikau berada di tempat daku dengan senarai beban kerja yang melambak macam dekat pasar lambak di bawah ini:
1. Pemulangan/pembahagian buku teks untuk 2012
2. Hari Anugerah sekolah
3. Jamuan makan malam perdana
4. Mesyuarat akhir tahun
5.Kutipan yuran PIBG
6.Kad 001R murid
7.Serah tugas

Kalau dikau menjadi daku, ada rasa macam nak telan anak orang tak? kalau tanya daku..eya! macam nak buat tapi tak larat sebab mulut kecil tak muat, kepala budak je dah besar sebiji bola sepak. ermm.. apa-apa ja..

Jadi.. salah satu cara yang paling berkesan (bagi daku) selain daripada cara-cara yang telah disebutkan tadi. hadapilah kestressan itu dengan slamba badak. Tulislah luahan rasa hati dikau dalam blog macam yang tengah daku buat nih lah... supaya nanti dikau pulak yang stress sebab baca entri kali ni. hehehe..maafkan daku... ♥ Senyum selalu♥ -peace-

Skian trima kasih,
mana-mana ja