Wednesday, 2 November 2011

Menghadapi kemarahan

Assalamualaikum..



Sebelum diteruskan bolehlah dikatakan bahawa daku menulis entri ini ketika sedang marah. baru ku faham kemarahan encik angry birds terhadap encik b-a-b-i kerana mencuri dan memasak keturunannya (maafkan daku kalau memang tak ada kena-mengena). 

Marah..marah...marah.. Marah sebab bila daku bukak Facebook terpampanglah status yang menyakitkan hati dan melukakan perasaan sampai rasa macam nak tendang je kambing yang tengah bersantai-santai duduk dekat tepi jalan nih.

Persoalan yang pertama. perlukah bila kita tak puas hati dekat seseorang sampai dengan tak berhati dan berperutnya menaip status yang gila babas cengitu hanya untuk menyakitkan hati si kawan? perlukah nak cakap dekat status macam-macam? kalau cengitulah kesnya.. kenapa tak tulis je dalam status.."oh... daku sedang main psp dalam jamban neh...awe inspiring!" B-O-D-O-H

Search dalam internet macam mana nak menghadapi kemarahan.. semua tak boleh pakai. kecuali satu. ambil wuduk dan sembahyang.. memang berkesan. tetapi untuk orang macam daku ni.. hanya berkesan ketika sedang bersembahyang tetapi bila dah duduk dekat katil bukak Facebook (lagi).. kemarahan itu datang lagi! aissshhh!!! kesimpulannya. JANGAN BUKAK FACEBOOK kalau memang dah tau dekat recent activities tu ada status lembu gila!

Bolehlah dikatakan bahawa sekarang daku sedang mengalami ganguan jiwa kacau hanya kerana status FB je pon! rasa-rasanya gara-gara status begitu semua rakan sekerja dah tahu perang dingin tengah meletus diantara 2 orang kawan baik dengan seorang kawan (daku) yang di anggap tak baik neh. isk..isk..iskk.. sedih.. sampai hati. dulu kata kawan. kata 'we are not really sisters but we are sisters of the heart..nothing gonna change our friendship apart' .. cis!! bohong..bohong.. susah sangat kah untuk memahami daku yang kalau tension automatik berada dalam mode SILENT nih. susah kah... 

Cubalah dikau letak dirimu menjadi daku atau paling koman pun berada di tempat daku. dapatkah dikau mengawal kemarahan itue?  

Rumusan entri kali ini. jangan menulis bila tengah marah.. tapi kalau menulis boleh buat kita tenang tak flying kick kambing orang atau anak kucing adik kita maka tulislah..lepaskan kemarahan itu dengan nukilan. then again... kalau marah dekat orang lain pun..jangan tulis status lembu gila lagi di Facebook sebab itu pasti akan menyebabkan peperangan yang agak lama antara dikau dan dia. kalau nak tulis pun tulislah dekat buku. tak kiralah excercise book ke...text book ke janji book.  'senyum selalu' 

Sekian terima kasih..
Mana-mana ja

No comments:

Post a Comment